feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

mahasiswa

Dunia kemahasiswaan merupakan satu dunia yang penuh dengan cabaran, kita akui kehadiran setiap mahasiswa di tempat pengajian masing-masing tidak lain dan tidak bukan dengan satu tujuan iaitu untuk meraih kejayaan yang begitu cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi. Ia adalah satu lumrah, lebih-lebih lagi pada era globalis ini. Arus kemodenan yang tiada noktahnya ini benar-benar menuntut setiap individu supaya berkejar untuk memacu diri sendiri agar tidak ketinggalan jauh terkebelakang berbanding dengan yang lainnya.

Walaubagaimanapun, sejauh mana kehebatan seseorang itu dalam bidang keilmuan tanpa dipasakkan dengan kekuatan rohani yang utuh dan aqidah yang mantap pastinya ilmu itu akan tercemar dengan unsur-unsur yang merosakkan. Jika kita mengambil sikap acuh tak acuh terhadap perkara ini semestinya pencabulan kehormatan dan kesucian Islam mudah dinodai oleh musuh-musuh Islam.

Di sinilah, kita selaku mahasiswa Islam perlu memainkan peranan beraksi sebagai pendakwah yang mampu menyuntik roh-roh Islam dalam jiwa muda-mudi yang mana golongan ini dapat diklasifikasikan sebagai harapan ummah dan negara. Mereka merupakan penggerak utama dalam menerajui pembangunan negara pada era moden ini dan hari mendatang dari sudut pembangunan ekonomi dan teknologi. Kita selaku Azhari perlu menjadi kuli bagi mereka melalui pentas dakwah bagi memastikan nadi-nadi mereka ini tersemat rasa cinta pada Allah dan Rasul agar semua pergerakannya di sempadani dengan syariat yang sebenar. Perkara ini amat diperlukan bagi memastikan pembangunan yang dilakukan mengikut garis panduan dan telunjuk agama Islam sendiri.

Hal ini tidaklah dapat direalisasikan hanya dengan kata-kata sahaja, sebaliknya kita semua perlu berganding bahu dan bekerjasama untuk memikul amanah ini agar kefahaman Islam yang sebenar dapat diserapkan kepada seluruh minda masyarakat khususnya di negara kita yang jelasnya mereka dahagakan petunjuk.Semua ini seolah-olah melontarkan satu harapan yang besar kepada kita seupaya lebih bersungguh-sungguh dalam mengutip benih-benih ilmu yang bermanfaat di bumi barakah ini untuk disemai dengan baiknya apabila kita pulang ke tanah air kelak.

Usaha ini tidak mencukupi sebenarnya untuk kita terjun ke lapangan masyarakat bagi menerangkan kefahaman Islam yang sebenar melainkan kita semua bersatu menjana sebuah fikrah yang sama untuk mencapai matlamat yang sama. Persatuan secara umumnya menjadi wasilah yang paling sesuai pada peringkat mahasiswa agar segala aktivti amal Islami dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai objektif-objektif yang digariskan. Persatuan yang dihidupkan dengan satu ikatan tanzim ataupun organisasi yang tertubuh hasil kepercayaan daripada ahli-ahli adalah untuk melicinkan lagi segala bentuk pentarbiahan yang cuba diacu dan diadun untuk semua komuniti ahli dalam persatuan.

Saudara-saudaraku sekalian,

Secara idealnya, pendirian dalam sesebuah persatuan perlulah jelas dan bersifat tetap. Ini adalah penting agar ianya tidak dipengaruhi oleh segala unsur-unsur luaran yang bersifat parasit yang hanya mengambil faedah dan peluang disebalik kesempatan yang ada dalam sesebuah persatuan. Ianya perlu dibendung agar setiap misi dan visi dalam sesebuah persatuan dapat dilaksanakan.





0 comments:

Post a Comment